Sejarah Klan Uchiha
Berikut ini adalah sejarah kelam Klan Uchiha yang saya kutip dari Web Yahoo Answer. Enjoy it ^^v
keluarga Hyuuga merupakan salah satu daripada keluarga paling lama mendiami Kampung Konoha. Mereka sudah ada di sana(Konoha Village) semenjak awal penubuhannya. Pada masa dahulu ada seorang anak gadis dari Puak Hyuuga telah jatuh cinta dengan seorang lelaki pendatang. Gadis tersebut mengambil keputusan utk mengahwini lelaki itu meskipun mendapati tentangan dari puaknya sendiri. Sebenarnya lelaki itu bukanlah orang biasa. Bahkan lelaki ini bukan manusia sama sekali. Namanya ialah Sojobo. Dia adalah Raja Tengu. Terdapat dua jenis Tengu.
Tengu Karasu( makhluk yg mirip seperti gagak serta memiliki paruh dan sayap)
Tengu Konoha ( atau di kenali juga sebagai Tengu Yamabushi). Sojobo ialah Tengu Konoha. Dia memiliki hidung yg panjang dan berambut putih serta sepasang sayap hitam di belakangnya
Sebagai Raja Tengu, Sojobo mempunyai beberapa kuasa mistik. Dia membawa sejenis kipas yg di perbuat dari daun Fatsia yg boleh membangkitkan angin kuat. Dia juga mampu memindahkan(kira mcm fwtele) dirinya atau sebarang benda dari satu tempat ke tempat lain. Dia boleh berhubung dengan manusia melalui telepati atau bahkan merasuki jiwa serta menyebabkan mereka menjadi gila. Di samping itu, Sojobo juga mampu bertukar-rupa. Kadang2 dia sering menukar dirinya sebagai manusia utk berhubungan dengan manusia.
Adapun, gadis tersebut telah jatuh cinta kepada Sojobo yg menyamar dalam bentuk manusia tanpa mengetahui identiti sebenar. Mereka berkahwin tidak lama selepas itu. 2 tahun kemudian, gadis itu pun telah hamil dan melahirkan anak lelaki. Sojobo menamakan anak mereka dengan nama Uchiha. Uchiha Madara. Uchiha bermaksud Kipas dan ini merupakan symbol utk clan Uchiha. Uchiha Madara membesar menjadi seorang shinobi yg sangat kuat. Dia bukan saja memiliki kuasa warisan dari ibunya bahkan sebab darah Tengu di dalam badannya telah menyebabkan Mata Byakugannya telah bertukar bentuk, menjadi lebih berkuasa. Iaitu Mata Sharingan. Darah warisan yg baru ini ada dua tahap. Sharingan Biasa dan Mangekyou Sharingan. Seperti ayahnya Madara memiliki kuasa mistik yg menakjubkan. Dia mampu mengunakan kuasa telepati atau bergerak merentasi dimensi. Mata Sharingan biasa Madara sentiasa aktif sepanjang masa tanpa perlu mengunakan kuasa chakura. Dia juga telah mencipta 3 jutsu yg istimewa. Tsukiyomi( teknik mengawal minda lawan), Amaterasu ( teknik memindah objek atau orang ke dimensi lain), dan Susanoo ( teknik mengawal angin). Disebabkan keberaniannya dan kuasa yg dimiliki, Madara menjadi wira kepada penduduk kampong meskipun dia masih remaja ketika itu. Dia menjadi rakan karib kepada Shodaime. Dan mereka bersama2 bertanggungjawab melindungi kampong Konoha. Madara menubuhkan Pasukan Polis Konoha yg pertama and berikrar akan melindungi kampong Konoha walaupun dengan nyawanya.
Namun ketenangan itu tidak lama, saat Madara meningkat dewasa, Sojobo mula mendedahkan niat sebenarnya. Sojobo mengahwini ibu Madara bukan atas dasar cinta. Dia hanya mencari tubuh manusia yg sempurna utk di diami.( Mcm Jutsu Orochimaru).dia mendapati cara yg terbaik adalah memperolehi dari darah dagingnya sendiri. Sojobo merancang mengambil alih badan Madara saat dia menjadi dewasa. Madara mengetahui perkara ini. Dia merasa marah dan terkejut yg amat. Dia merasa dirinya diperalatkan namun dia tidak menyerah kalah dengan mudah tanpa melawan. Tetapi Madara sedar yg dirinya tidak setanding dengan bapanya. Lalu dia pun meminta bantuan dari Bijuu( atau di kenali sebagai Kyuubi) Kyuubi Si Dewa Api. Kyuubi sangat kagum dengan kehebatan Madara. Satu perjanjian telah di buat dan Kyuubi bersetuju meminjamkan kuasanya kepada Madara. Tidak lama kemudian Madara berjaya menguasai Jurus “ Katon� yg mengeluarkan api gelap yg membakar 7 hari 7 malam jika di aktifkan bersama Amaterasu. Walaupun dengan adanya bantuan dari Kuasa Kyuubi, Madara hanya mampu mengalahkan Sojobo tapi tidak dapat membunuhnya. Madara pun mengurung(Teknik Seal) Sojobo dengan Jurus seal yg istimewa. Untuk membuka seal ini diperlukan Kuasa Kyuubi serta 3 orang ahli Uchiha yg memiliki Mata Mangekyou Sharingan.
Tapi Madara tidak menduga akan terjadi peristiwa berdarah di sebabkan kejadian ini di kemudian hari. Shodaime yg mendapat tahu tentang perjanjian antara Madara dengan Kyuubi menjadi sangat marah. .Shodaime menuduh Madara seorang yg hauskan kuasa sehingga menyebabkan dia membuat perjanjian bersama Kyuubi. Madara tidak menjelaskan perkara sebenar kerana dia tidak mahu sesiapapun yg tahu bahawa dia adalah manusia separuh raksasa. Konflik mula timbul antara keduanya, sehingga terjadi pertarungan yg hebat di Valley of End. ( Tempat yg sama terjadi pertarungan antara Naruto dan Sasuke nnt).
Setelah sekian lama sejak Sojobo di kurung, darah Tengu dalam keturunan Uchiha sudah tidak setulin dulu. Ianya di sebabkan perkahwinan antara puak Uchiha ngan bukan Uchiha selama beberapa generasi. Bahkan Sharingan biasa pun jarang sekali di temui kecuali pada sebahagian kecil golongan elit puak Uchiha sahaja. Bahkan sejarah hitam puak Uchiha juga telah di lupakan. Sebuah Altar Tengu telah di bina di bawah Kuil Nakano untuk menyimpan rahsia Puak Uchiha yg di sembunyikan oleh Madara( termasuk rahsia tentang membunuh org yg tersayang utk memiliki Mangekyou Sharingan). Rahsia ini telah di ketahui beberapa org dari Puak uchiha. Puak Uchiha beranggapan rahsia ini adalah sesuatu yg memalukan dan bersumpah akan melindunginya. 20 tahun lalu, seorang ahli Puak Uchiha telah di lahirkan. Dia kemudiannya membuktikan dia seorang yg istimewa untuuk tahap biasa bg Puak Uchiha. Dia lulus akademi ninja pada umur 7 tahun, mampu mengaktifkan sharingan ketika baru berusia 8 tahun, menjadi Chunnin saat berusia 10 tahun dan menjd Commander pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Dia bernama Uchiha Itachi. Semasa Itachi telah terpilih menjd anggota ahli ANBU, ayahnya Uchiha Fugaku merasa sudah saatnya memberitahu segala rahsia puak uchiha. Itachi mendapati tahu tentang MS serta asal-usul puak Uchiha. Dalam fikiran Itachi timbul rancangan jahat…. Pada suatu malam, semua lelaki dari puak Uchiha harus berkumpul dlm satu mesyuarat. Tetapi 2 org tidak hadir iaitu Itachi dan Shisui. Itachi telah mengajak kawan baiknya Shisui ke sungai Nakano dan melakukan rancangan jahatnya. Dia membunuh Shisui pada malam itu dan memperolehi mata Mangekyou Sharingan. Pada keesokan harinya mayat Shisui telah di temui bersama sekeping nota yg menyatakan dia telah membunuh diri. Sebenarnya Itachi telah meniru tulisan Shisui untuk mengabui mata org.
Kerana hidup dlm kebimbangan- bimbang rahsia puak akan di ketahui org, bimbang org mengetahui puak Uchiha adalah keturunan raksasa. Mereka sepakat utk menyimpan rahsia ini sehingga mati. Itachi tidak bersetuju.Dia melihat puaknya sudah tiada masa depan.Dia tidak faham mengapa mereka harus merasa malu tentang masa lalu mereka. Dia tidak faham mengapa puaknya tidak mengunakan keistimewaan yg di miliki. Itachi berasa marah kerana puaknya memilih jalan yg sedemikian. Ketika Itachi mendengar cerita tentang asal-usul Puak Uchiha.Dia merasai satu perasaan yg aneh, gembira dan berkuasa. Itachi berfikir bahawa dia adalah yg paling istimewa berbanding yg lain. Dia berhasrat utk melepaskan Seal Sojobo. Dia rela mengorbankan badannya untuk mendapat kuasa terhebat yg pernah di lihat. Lalu Itachi pun melaksanakan rancangannya.
Bila Itachi mendapat tahu rancangan Kumpulan Akatsuki ingin menangkap Bijuu dia mengambil keputusan utk menyertai kumpulan itu. Dia memerlukan mereka utk memperolehi kuasa Kyuubi.Bukan itu saja, Itachi memerlukan 3 orang Mangekyou Sharingan. Itachi berjaya menemui seorang lagi Mangekyou Sharingan yg setuju utk membantunya. Sekarang dia hanya perlu seorang lagi Mangekyou Sharingan. Itachi menyedari bahawa ahli2 puaknya tidak sanggup membunuh sahabat mereka atau org yang rapat dengan mereka untuk memiliki MS. Tapi Itachi mendapat satu akal untuk memperalatkan mereka agar menjadikan adiknya, Sasuke sebagai MS yg ketiga. Pada mlm bulan penuh. Itachi membunuh seluruh ahli puak Uchiha termasuk ibu bapanya sendiri. Kemudian dia menunggu kepulangan adiknya, Sasuke. Dia mahu adiknya tahu bahawa dialah pelakunya. Itachi mengunakan Jurus Tsukiyomi kepada Sasuke dengan harapan Sasuke akan membencinya. Dia mahu Sasuke memiliki perasaan kebencian yg kuat sehingga mampu membunuh kawannya sendiri dan memperolehi MS. Itachi memberitahu Sasuke tmpt perjumpaan rahsia di kuil Nakano utk Sasuke mengetahui segala rahsia puak Uchiha. Dia mau Sasuke mengikuti haluan yg di sediakannya..yaitu haluan seorg pendendam..
Comments :
0 comments to “Sejarah Klan Uchiha”
Post a Comment
Silahkan berkomentar!! Tapi harus di moderasi dulu yah :)